Thursday 9 August 2012

CERITA BARU

Assalammualaikum. Sudah lama aku tidak berkongsi cerita di ruangan ini. Sekarang aku mengambil sedikit masa untuk aku bercerita 'Cerita Baru'. Bermulanya Bulan Ramadhan aku berhijrah dengan memakai tudung sehingga sekarang. Syukur dengan perubahan ini. Perubahan yang sangat baik :) Aku gembira aku sangat gembira. Aku selesa dengan perubahan ini. Ramai menyokong. Ramai memberi kesan positif terhadap perubahan aku. Aku berterima kasih kepada seseorang yang banyak membimbing aku. Aku hormat keperibadiannya. Banyak memberi nasihat. Banyak menjaga aku. Aku mengaku walaupun perubahan itu ada tapi masih ada kurangnya. Dua perkara : kurang sopan dan cepat marah. Sehingga sekarang aku masih belajar untuk mengawal keadaan. Walaupun gagal aku masih mencuba. Manusia tiada yang sempurna. Tetapi yang hanya layak mengukur keperibadian kita hanya DIA.

Keluarga aku. Alhamdulillah sihatsihat semuanya. Abah? keadaannya sekarang sudah cukup membuat aku lega. Dia makin memberi perhatian yang baik terhadap keluarganya. Cuma sikap panas baran yang tertanam dalam diri dia masih tidak boleh dihapuskan. Walaupun begitu, aku tahu dalam diri dia, dia sangat sayang anak-anaknya. Mana mungkin tidak cuma dia tidak tahu cara bagaimana dia perlu tunjukkan. Pada aku keadaan sekarang pun sudah cukup buat aku lega. Satu keadaan yang aku masih tidak boleh terima dalam keluarga aku. Apabila wujudnya sikap adikberadik aku yang suka berkira. Pada aku sikap sebegini tidak patut wujud. Tapi siapa aku. Seorang adik perempuan yang berumur 21tahun anak ke-5 dari 7 adikberadik ingin memberi pandangan dan nasihat kepada mereka yang berada di atas aku? Tidak mungkin. Hanya berdiam dan berdoa mereka berubah dengan sikap itu. Emak satusatunya ratu yang berada dalam hati aku. Orang yang sentiasa berada dalam doa aku. Satusatunya emak. Aku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Apa yang aku bagi sekarang aku masih rasa tidak cukup dan sangat pendek ukurannya. Aku akan cuba dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga ini. Insyaallah.

Aku mendengar luahan hati seseorang ditempat kerja aku. Dia cukup bersyukur dan bertuah kerana Allah memberinya jodoh (suami) yang baik dan sempurna untuk dirinya. Seorang suami yang tidak banyak kerenah. Seorang suami yang bertimbang rasa. Seorang suami yang tidak mudah merungut. Segalanya mudah padanya. Sungguh bertuah dia. Dalam keadaan itu aku berfikir. Adakah aku juga setuah itu? Dengan apa yang aku rasa. Aku sangat bertuah mengenali dan memiliki Anas Afifi. Lelaki yang sentiasa berada diminda aku. Seorang lelaki yang banyak bersabar dengan kerenah kebudak budakkan aku. Seorang lelaki yang matang fikirannya. Seorang lelaki yang cukup mengambil berat keperibadianku. Seorang lelaki yang cuba membuat aku gembira. Seorang lelaki yang banyak berusaha mempertahankan kasihnya. Selebihnya aku yang tahu. Aku sangat bertuah ketika ini. Aku juga rasa ingin bertuah untuk masa akan datang. Keadaan sekarang cukup berbeza. Dahulunya aku sekarangnya aku. Sekarangnya aku, adalah lebih baik dari dahulunya aku saat mengenali dia. Terima kasih cinta :)

Terima kasih semua! SELAMAT HARI RAYA :)

Tuesday 3 July 2012

KAWAN.TEMAN.SAHABAT

Sekarang perasaan aku sungguh bahagia. Wahai hati mengapa aku rasa begini? Berada seperti di awangan. Kalau boleh. Hmm. Eh? Maaf aku terlupa memberi salam. Assalamualaikum :) Oh tadi tu aku hanya nak kongsi duatiga saat mengenai perasaan aku *poyo* okay sebenarnya arhhhh taktahu mana mula akhir tengah aku patut cerita *tarik nafas* fuhhhhhh. Aku nak kongsi mengenai cerita kawankawan aku. Cuma sekarang. aku taktahu apa bezanya kawan teman sahabat atauuuu apa lagi eh? Arhh lantak tapi betul aku masih tak mengerti apa perbezaan antara maksudmaksud perkataan ni. Untuk meneruskan sesi bercerita, aku terasa nak bercerita pasal tiga kawan aku Atiqah, Maizura, Norizan *follow alphabetic kayyy* Dari sekolah kita mula kenal kan? Apa saja yang aku tak tahu peragai korang. Tanyalah aku bagaimana permulaan aku mengenali setiap korang? Sekelumit kenangan pun tidak pasti aku lupa. Korang sangat menggembirakan aku ketika sekolah. Korang kawan teman sahabat aku ketika sekolah. Korang segalanya untuk aku ketika sekolah. Tiada korang aku taktahu apa itu erti kawan teman sahabat. Sehingga sekarang korang tetap dihati aku walaubagaimana terjadi pun korang kawan teman sahabat aku. Terlalu banyak kenangan sehingga payah aku untuk padamkan dari ingatan. Betapa korang berharga dalam diri aku. 

# mari bergelak ketawa.

Atiqah Nordin

Mula kenal darjah lima. Aku ingat lagi ketika itu muka kauuuu nauzubillah. Buruk betul HAHAH sama juga aku buruk juga. Tapi seburukburuk kau masa darjah lima pun ramai peminat. Aku? hampeh --" HAHA okay aku ingat ini sampai sekarang okayyy. Masa itu kau ada dapat surat. Kemaennn dapat surat lipatlipat ada bedak dalam lipatan tu. Heh hati masa tu berdebar sangattttt. Tuptup surat dah cantik bau dah harum tulisannnn mak kauu sebijik ayam yang tulis HAHA. *Kehadapan adindaku Atiqah. Saat aku memandang dirimu aku rasa seperti waktu berhenti seketika untuk aku memberitahumu aku sudah jatuh cinta padamu* tak mungkin budak darjah lima boleh karang ayat mcm ni? aku yang tibai sendiri hehehe. Semestinya dah lupa surat itu ayat apa kan. Darjah enam kau naik satu kelas aku turun satu kelas *nampak sangat aku tak berapa nak pandai* HAHA tapi masih kita berhubung masih berkawan :) sehingga tingkatan 5 maaf sehingga sekarang kita berkawan :) sungguh banyak kenangan kita atiqah. Waktu kau sakit. Aku langsung tak boleh nak tengok. Aku rasa sedih. Hati dan perasaan aku menagis. Walau sekarang pun aku ingat air mata aku tak berhenti mengalir saat kenang penyakit kau dulu. Alhamdulillah sekarang kau tak seperti dulu yang berperang dengan penyakit. Sekarang atiqah yang aku kenal makin cantik dipandangan orang. Sungguh cantik :) Insyaallah akan ada masa depan yang cerah untuk kau. Amin

Maizura Mustapha

Mula kenal aku rasa lama tapi mula rapat tingkatan 4. Arghhh lambat betul. Aku ingat lagi kita dalam bus yang sama. Masa itu kita duadua tak dapat nak duduk. Fuhhh bersumpahsumpah aku yelah mana tak bersumpah bayar punya mahal tapi balik rumah naik bus pun masih kene berdiri. HAHAH kes lama tidak perlu diingat :P aku teruja ingin bercerita pasal kau. Kau yang terbaik. Waktu sekolah kau memang budak pandai sebab kau hebat BI. Aku yang bodoh ni lah senantiasa nak menyusahkan kau. Bila aku dengar kau duk dengar lagulagu barat ini. Aku satu hapa pun taktau tu lagu apa. Weyyyy pecah rahsia kuno aku --" tapi sekarang dah up okay. HAHAHA *nak juga* kau seorang kawan yang matang. Sentiasa memberi nasihat yang munasabah. Sebab itu dari dulu dan sekarang aku banyak tanya kau dulu dari dua orang nenek tua atiqah norizan tuuu. Dorang apa semua cerita dorang angguk je HAHA *maafkan saya* Aku suka pendirian kau maizura. Kau hebat dengan pendirian kau. Kau seorang yang berfikir sebelum buat sesuatu hal. Aku respect kau menjadi seorang anak. Tak mungkin aku tidak anggap kau sebagai kawan. Rugi aku jika aku berbuat sebegitu rupa. Kau tak pernah meninggi diri. Kau tak pernah rasa ada sikit hebat pun dalam diri kau.  Kau akan dibalas baik dengan perjuangan kau. Insyaallah. Kenangan aku kau norizan sangat banyak. Semua itu indah :) Indah sehingga aku tak boleh nak lupa. Alhamdulillah sekarang kau sudah degree berperang dengan keadaan yang tertekan bila belajar. Sabar maizura. Semua itu memang terjadi. Tapi kau tak mungkin sampai ketahap itu kalau kau tak bijak. Jadi terima kenyataan kau seorang yang bijak. Apabila menjadi seorang yang bijak semangat itu kene kuat. I love you kawan :)

Norizan Ruslan

Mula kenal perghh sangat lama sebenarnya sebab rumah flat sama HAHA. Cuma berbeza aku kurus sebab rumah aku tingkat 5 aku kena naik turun tangga setiap masa. Kau mok sebab rumah kau takde tangga bawah sekali tu pasal lah kau tak kurus macam aku *okay keling* mesti rasa nak pukul aku kan? HAHAH okay norizan :) aku kau sentiasa ulangkaji bersama. Yelaaaaa aku nak tiru kerja sekolah kau. Pasai tu aku suka study dgn kau HAHA kau lagi pandai jadi aku byk refer dengan kau kan :) alangalang kau pun tak kedekut ilmu. Memang aku ambik peluang. Norizan aku bangga jadi kawan kau. Kau kakak sebenarnya untuk kita orang. Kau tak pernah sikit pun berkira. Banyak kau bersabar dengan kita orang. Aku tahuuuuuu :) mana tak nya kau yang paling banyak kena kutuk. Sebelum terlupa ingat kuaci tak? hahah kau memang jenis kurang masalah sentiasa okay setiap masa. Sentiasa follow mood aku maizura. Semua benda tak kisah. Asal kau happy sekali. Betul tak? betul kau memang tak banyak masalah cuma kekadang bila kluar kau kene balik cepat. Takpe asal kau tak teruk macam atiqah sudah HAHAHA *maafkan saya* Alhamdulillah sekarang kau dah habis diploma kau dengan selamat. Cuma tak sabar menunggu kau sah sebagai diploma holder. Aku tunggu utk itu. Untuk melihat seyuman lebar kau :) Jaga diri norizan. Aku doakan yang terbaik utk kau. Sayang kau!

Tak banyak benda pun semua nya merepek hehe tapi yang pasti semua itu aku dan mereka yang rasa dan pernah rasa. Aku ambil kesempatan ini untuk minta maaf setiap korang kalau aku ada buat silap. Korang adalah kawan yang aku sayang. Aku tahu aku pernah buat silap dan pernah lupakan korang seketika. Aku minta maaf. Tak mungkin terjadi. Aku akan berfikir dengan lebih baik. Aku faham masing masing sekarang ada hal masing masing. Sikit pun aku tak kecik hati aku faham. Ada waktu kita, kita pasti jumpa. Dan itu pasti terjadi. Mohon jadi kawan aku untuk selamanya sebab aku nak berkongsi cerita kita untuk anak aku akan datang supaya dia tahu menghargai apa itu erti kawan :) AKU RINDUKAN KITA.

Sunday 10 June 2012

9 JUN 2012

Alhamdulillah *terlalu bersyukur* genap jua umur aku, 21tahun bermula semalam. Bersyukur aku masih diberi peluang untuk melihat langit yang luas. Bersyukur aku masih diberi melihat bintang dikala malam. Bersyukur aku masih diberi peluang untuk mematangkan diri. Bersyukur aku untuk segala yang diberi oleh-NYA. Dengan dada yang membuka luas aku mengucap syukur. SYUKUR! Sebelum tarikh 9JUN2012 sungguh perasaan aku berdebar untuk segala yang bakal aku hadapi. Aku mulakan dengan solat subuh. Mengucap doa untuk meneruskan hari aku. Hari yang sangat berbeza untuk aku. Terlalu banyak yang aku hadapi sebelum ini. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Terlalu banyak perkara yang aku leka. Terlalu banyak. Iya terlalu banyak. Ianya terkadang sedar dan terkadang jua tidak sedar. 

Aku teruskan hari itu dengan berjoging bersama sahabat aku (INTAN). Aku berlari untuk melepaskan segala yang aku fikirkan selama ini. Iya, aku mengaku selepas itu. Aku rasa sungguh tenang. Waktu pagi yang sangat indah. Aku rasa sangat bersedia untuk menempuh ujian yang bakal aku hadapi untuk hari yang mendatang. Tambahan, pagi itu aku tahu satu cerita daripada dia. Buat aku lagi kuat. Besar sungguh dugaan yang pernah hadir dalam hidup wanita itu. Sungguh tabah. Sungguh *menitis airmata*

Hari yang sangat sempurna. Aku dibawa untuk bergembira. Lelaki yang sangat aku sayangi (Anas Afifi) *tersenyum* tunaikan permintaan aku untuk merasa icecream di IceRoom. Akhirnya, dapat juga aku rasa. Seterusnya, membawa aku dan intan bergembira. Pergi The Mines bercadang untuk lawan bowling. Arhhhh malas sungguh aku nak bercerita pasal permainan ini. Sebab sudah tentu aku yang jadi pemenang. Dan sangat terbukti dua orang model baru beg-beg tangan di Paradigm Mall itu tidak dapat menandingi aku. *gelak yang sangat besar* Tidak guna juga bermain sampai terduduk bergaya sakan memegang bola tapi akhirnya kalah dengan seorang perempuan yang comel seperti aku. Oh maaf saya terpuji diri sendiri :P Tidak guna juga bermain terlalu berlemah lembut untuk membaling bola tapi akhirnya masih jua kalah sebab memang dengan balingan yang diberi membuktikan memang tidak pandai bermain. Adakah anda rasa dikutuk wahai dua orang yang disayangi? Maaf saya bergurau untuk membuat anda tertawa dengan ruangan cerita ini. Maaf! *gelak lagi* Mereka berdua cukup mencuba membuat aku gembira. Korang berdua berjaya. Bukan sahaja gembira aku bahagia wey :) Sanggup seorang sahabat datang ke sini semata untuk merai hari lahir aku. Aku terharuuuuuuuuuu okay. Terharu. Arghhh memang dia sahabat yang baik. Sampai aku pun tak dapat nak membalasnya. Sanggup juga seorang teman istimewa membawa aku dan sahabat aku berjalan melayan karenah melayan apa yang aku nak. Arghhh memang dia cuba jadi yang terbaik untuk aku. Dan hasilnya, awak memang terbaik dan sudah jadi yang terbaik untuk saya :) Akhir untuk hari itu. Bercadang pergi Paradigm Mall untuk menonton wayang. Pahitnya wayang disitu masih belum dibuka. Apa lagi boleh buat? Berjalan bergelak ketawa berpusing sana sini. Balik! 

Waktu malam, masa untuk bersama keluarga. Walaupun masih tidak semua yang berada disitu. Aku rasa sangat bahagia. Iya hari itu aku rasa sempurna. Sempurna. Alhamdulillah. Emak masa sedapsedap. Masak semua yang aku nak. Bercadang makan diluar tapi emak cakap 'apa salahnya emak nak masak untuk hari istimewa anak emak' *terharu* Emak semoga emak tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Orang sentiasa berdoa dan terus berdoa untuk emak. Emak yang berada paling atas dihati orang. Tak pernah aku memuji, tapi aku ingin ambil kesempatan ini. Aku sangat bertuah memiliki kakak aku (Norsiah) Kalau tiada dia, tiada tempat untuk aku bercerita. Kalau tiada dia, tiada orang yang boleh aku susahkan. Kalau tiada dia, tiada tempat aku boleh bergaduh. Kalau tiada dia, tiada tempat untuk aku boleh ketawa. Kalau tiada dia, aku tidak akan ada kawan dirumah. Dia satusatunya kakak yang aku ada. Orang bertuah ada kakak macam kau. Terima kasih sebab melayan orang walaupun kadangkadang menyakitkan hati. Untuk adikberadik sekalian maaf ruangan ini tiada untuk kalian yang suka membuli dan berlagak bagus okay :P

Terima kasih kepada kalian untuk ucapan diberi. Difacebook, Ditwitter, Dihandphone. Aku sangat terharu. Kepada kawankawan yang masih ingat akan aku, juga aku ingin mengucapkan terima kasih. Korang kawan yang baik. Terima kasih kepada sahabat aku intan kerana sudi datang sudi memberi hadiah. Sehelai Tshirt yang penuh MAKNA :) Terima kasih KELUARGA, kerana sudi juga ingin meraikan hari lahir orang. Terima kasih Anas Afifi. Hadiah yang awak bagi sangat istimewa. Hadiah yang tidak pernah saya dapat selama ini. Saya sangat SUKA :)

TERIMA KASIH SEMUA! :)

.Seorang wanita berumur 21tahun.

Tuesday 5 June 2012

REALITI

Assalamualaikum, untuk pembuka cerita aku kali ini. Realiti? Iyeah realiti kehidupan aku. Akhirnya. Yeah akhirnya untuk sekian kalinya aku terima ujian ini dari-NYA. Saat aku mengecapi warna-warna kehidupan yang baru untuk aku. Muncul warna yang sungguh gelap. Sesampai aku tak dapat melihat jalan keluar. Walaupun aku cuba tapi payah aku mencarinya juga. Usai mencari rupanya masih ditempat yang sama. Rasa seperti dahulu. Tapi dahulu yang lama itu lagi indah. Tidak seperti dahulu yang seperti baru berlaku. Mungkin aku sahaja yang faham apa yang aku maksudkan. Maaf pembaca. Saya tergelincir dengan ayatayat untuk kefahaman sendiri. Begini, pernahkah korang terima dugaan yang begitu besar sehingga korang rasa payah untuk menerima tetapi cuba untuk menerima atas kehendak-NYA? Itu yang aku lalui sekarang. Besar sungguh aku rasa ujian mu Ya Allah. Seorang wanita dalam umur linkungan 21tahun terpaksa menghadapi semua ini. Bagaimana mungkin. Aku yang sering mengharapkan sesuatu yang indah untuk hidup aku. Terpaksa menerima semua ini. Sungguh beruntung orang lain yang tidak merasa beban yang sama seperti aku. cemburu aku melihat realiti kehidupan orang. Arghh payah hidup ini. harus bagaimana aku ingin lalui harihari berikut aku? IbuBapa saja yang boleh beri kekuatan. Kekuatan untuk anakanak mereka bangkit apabila terjatuh mahupun terleka melakukan kesilapan. Jika IbuBapa terpisah? Terpisah bukan kerana mati. Berpisah dengan menggunakan akal yang bijak tapi mula menjadi singkat. Bagaimana mungkin anakanak mahu bangkit. Iya boleh hanyut telan dek dunia yang makin lama makin hilang adat islam. Mungkin aku jua sebegitu rupa jika tiada orang yang melindungi aku.

Ya Allah jika ini adalah jalan penyelesaian untuk sesuatu kebahagian dalam keluarga aku. Aku terima dengan hati terbuka. Aku buka dengan penuh ikhlas laluan yang perlu aku tempuh. Tetapi jika ini hanyalah hasutan syaitan didunia. Bantulah hambamu yang tidak berdaya. Aku perlu pertolongan. 

DIA tidak kejam. DIA menguji hidup aku.

Monday 28 May 2012

--------*

Hai! Selamat Malam ;) Okay tajuk di atas memang tak dapat nak merungkai apa pun cerita aku sekarang. Aku tak dapat nak kenalpasti. Kalau nak tahu baca saja post aku kali ini. Okay, aku taktau kalau aku cerita ini korang semua fikir apa. Itu korang punya pasal. Sebab nak tutup mulut sorangsorang serius aku memang tak mampu. Pandaipandai lah korang kalau nak susun pahala. Jadi, jangan rasa ada perasaan MENJENGKELKAN. okay? :) Macam ini, dulu memang siapa yang kenal aku. Sangat pasti korang tahu aku pakai tudung. Memang terserlah kesucian wajah aku kan? *angkattangankluakutipu* :P Aku mengaku aku pakai tudung sebab seorang lelaki. Tapi wey tak salah, janji benda itu kearah kebaikan. Ada juga aku rasa ikhlas waktu itu cuma sedikit. Cuma pendirian tak begitu tetap. Selepas waktu itu, aku terasa bodoh 'sebab lelaki aku pakai tudung' sah! Janji, aku takkan ulang kesilapan yang sama. Sehingga sekarang. Dan malam tadi. Aku bermimpi aku pakai tudung. Iya, dalam waktu terdekat ini ada aku minta dan mohon pada-NYA. Aku nak kearah itu. Dua kali berturut-turut mimpi yang sama. Sekarang aku keliru. Itu petanda yang aku minta? Tapi kenapa perasaan aku masih belum bersedia? Hmmm. Dia (Anas Afifi) aku tahu dia menunggu saatsaat itu. Terbukti, masa dia melamar aku untuk menjadi kekasih dia, dia hadiahkan aku sehelai tudung. Cukup terharu tak? Iya aku menagis dalam hati. Jujur, setiap keikhlasan dia lakukan aku sentiasa menagis dalam hati. Terlalu mengusik jiwa aku. Dia sentiasa cuba dan mencuba menjaga hati aku. Walaupun baru lagi hubungan kami tapi aku rasa macam lama. Dan aku inginkan lebih lama. Insyaallah. Terus kepada cerita aku. Banyak kali sebenarnya aku dan dia berbincang hal ini. Tapi dia tidak pernah memaksa. Dia faham situasi aku. Dia faham dan dia akan tunggu *itukatadiakayyy* Sehingga dua malam aku bermimpi. Sebenarnya, perkara ini perkara biasa. Tapi dalam mimpi itu, kenapa mesti aku tunjuk pada dia? Ada aku bagitahu dia berkenaan hal ini. Jawapan dia:

Oh yeke? Mmm that I don't know tapi jujur saya cakap memang setiap hari saya doa for US to be accepted by everyone, dengan keluarga awak, dengan keluarga saya. Saya nak semua happy dengan hubungan kita. and maybe because of that Allah nak petunjuk kat kita macam mana nak accomplish objective itu :) because I really love you noraini mihat.

Haprak! aku tak balas pun meseg ni. Sebab hm aku terkedu. Aku tak sangka sampai macam tu sekali. Insyaallah, aku masih perlukan masa. Apa yang pasti akan datang, akan ada nora yang baru. Ikhlas memakai kerana-NYA dan dengan bimbingan dia yang sentiasa ada dengan aku. Because I really love you too saya berdoa ALLAH akan beri HIDAYAH yang berterusan kepada saya.

Terima kasih Anas Afifi :)

Saturday 26 May 2012

SEORANG PEKERJA

Masa berjalan begitu pantas. Oh silap masa tidak berjalan. Pembetulan: Masa bergerak begitu pantas. Kita manusia yang kerdil iaitu hamba kepada-NYA masih tidak mempercayai dengan masa. Ada orang cakap, masa mencemburui kita. Kepala Hotak mereka. Masa mana ada perasaan. Fikir logik sebelum bercakap. Sambung kepada ayat aku. Sedangkan aku masih tidak percaya dua minggu lagi umur aku genap 21tahun. Alhamdulillah, masih bernyawa aku untuk seketika ini. Banyak lagi silap aku yang aku masih tidak tebus. Manusia sering dengan kesilapan. Untuk merungkai kepada tajuk aku yang diatas. Tidak pernah sekali pun aku bercerita mengenai diri aku yang sudah 6bulan bergelar seorang pekerja. Arghhh tidak begitu menarik. Sejujurnya aku suka dengan kerja aku sekarang. Ialah ini dikira pengalaman. Cuma terkadang itu aku rasa kerja ini terlalu membebankan aku yang masih baru berjinak didalam dunia pekerjaan. 3bulan aku diberi masa untuk belajar mengendalikan semua kerja admin. Mana mungkin. Tetapi untuk masa sekarang alhamdulillah aku masih boleh mengendalikan kerja aku. Bos aku saja yang tidak tahu menghargai apa yang aku lakukan. Ada juga aku terfikir mencari kerja lain. Tapi mana ada aku masa. Cuma berharap pada tuah. Arghhh lagi tidak mungkin. Hidup aku tidak lah setuah orang lain. Sampai sekarang pun aku masih tidak tahu apa status aku bekerja disitu. Kerapkali semua kerja aku yang lakukan. Merugut bukan satu penyelasaian. Aku hanya redha apa yang diberi oleh-NYA. Aku memang suka kerja yang ada kerja. Buka datang bekerja berdiri duduk dan goyang kaki. Memang bukan konsep hidup aku. Tapi bukan sebanyak sekarang yang seperti tidak cukup tangan untuk melakukan. Banyak sebenrnya yang aku nak huraikan disini. Tapi malas aku. Nanti seperti merugut. Nanti seperti tidak bersyukur. CUKUP

PENGALAMAN ITU PENTING. HARGAILAH APA YANG KITA ADA.

Friday 25 May 2012

ANAS AFIFI

Mula untuk bercerita mengenai sidia.

Anas Afifi, tidak asing lagi untuk aku menyebut namanya. Adakah terlalu awal untuk aku menilai dia? Iya mungkin. Tapi untuk pertemuan yang singkat ini pada aku cukup untuk aku menilai bagi permulaan hubungan kami. Sebelum itu, hmmm memang betul aku meninggalkan seseorang dikala aku mengenali Anas Afifi. Tetapi semua ini tidak dirancang. Hanya DIA yang mengetahui. Jika aku layak untuk terima hukuman. Hukum lah aku. Tapi satu aku minta. Jangan jarakkan hubungan aku bersama Anas Afifi. Kembali kepada tajuk. Sungguh aku bersyukur mengenali dia. Seperti apa yang aku inginkan pada seseorang lelaki ada pada dia. Dia seperti memberi aku kekuatan dengan segala perkara. Kadangkadang aku terleka kerana kerap memikirkan dia. Alhamdulillah sejak bermula kenal hingga sekarang semuanya berjalan lancar. Sebetulnya aku memang tidak sangka sungguh dengan hubungan ini. Aku memendam perasaan aku selama ini untuk mengenali dia. Kerana waktu itu aku mempunyai satu hubungan yang berjalan lancar. Tetapi perasaan tidak mungkin boleh ditipu. Betapa sesak nya otak aku berfikir. Adakah betul jalan yang aku pilih. Semua temanteman rapat aku, aku menyoal untuk mendapatkan pendapat daripada mereka. Ada yang menyokong, Ada yang tidak, Ada yang mengerti tetapi tidak dapat memberi pendapat yang baik, Ada yang membuat aku rasa tertekan. Manusia pendapat berbeza. Aku tidak menyalahkan mereka. Aku TERIMA. Tapi salahkah aku memerlukan seorang teman untuk menyokong aku? Entahlah. Kalau bercerita mengenai teman. Takkan habis cerita aku. bukan aku menyalahkan orang. Tidak sama sekali. Cuma. Arghhh lupakan. Berbalik kepada cerita. Akhirnya tidak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku rasa. Alhamdulillah sehingga kini kami berkasih kasihan dengan ikhlas. Kerana AKU CINTAKAN DIA, DIA CINTAKAN AKU. Tiada kurang tiada lebih. Kerana yang lebih hanya untuk-NYA.

Anas Afifi. Sudah cukup baik layanan awak terhadap saya. Saya seperti jatuh cinta. Saya jujur dengan diri saya. Saya ingin mengharungi segalanya bersama awak. Saya serius dengan hubungan ini. Saya inginkan hubungan yang kekal. Saya tahu awak mengerti. Keinginan yang saya mahukan ini. Sama seperti awak mahukan. InsyaAllah samasama kita mencuba manjadikan hubungan ini dengan baik. SAYA SAYANGKAN AWAK.

TERIMA KASIH KERANA HADIR DALAM HIDUP SAYA.