Friday 25 May 2012

ANAS AFIFI

Mula untuk bercerita mengenai sidia.

Anas Afifi, tidak asing lagi untuk aku menyebut namanya. Adakah terlalu awal untuk aku menilai dia? Iya mungkin. Tapi untuk pertemuan yang singkat ini pada aku cukup untuk aku menilai bagi permulaan hubungan kami. Sebelum itu, hmmm memang betul aku meninggalkan seseorang dikala aku mengenali Anas Afifi. Tetapi semua ini tidak dirancang. Hanya DIA yang mengetahui. Jika aku layak untuk terima hukuman. Hukum lah aku. Tapi satu aku minta. Jangan jarakkan hubungan aku bersama Anas Afifi. Kembali kepada tajuk. Sungguh aku bersyukur mengenali dia. Seperti apa yang aku inginkan pada seseorang lelaki ada pada dia. Dia seperti memberi aku kekuatan dengan segala perkara. Kadangkadang aku terleka kerana kerap memikirkan dia. Alhamdulillah sejak bermula kenal hingga sekarang semuanya berjalan lancar. Sebetulnya aku memang tidak sangka sungguh dengan hubungan ini. Aku memendam perasaan aku selama ini untuk mengenali dia. Kerana waktu itu aku mempunyai satu hubungan yang berjalan lancar. Tetapi perasaan tidak mungkin boleh ditipu. Betapa sesak nya otak aku berfikir. Adakah betul jalan yang aku pilih. Semua temanteman rapat aku, aku menyoal untuk mendapatkan pendapat daripada mereka. Ada yang menyokong, Ada yang tidak, Ada yang mengerti tetapi tidak dapat memberi pendapat yang baik, Ada yang membuat aku rasa tertekan. Manusia pendapat berbeza. Aku tidak menyalahkan mereka. Aku TERIMA. Tapi salahkah aku memerlukan seorang teman untuk menyokong aku? Entahlah. Kalau bercerita mengenai teman. Takkan habis cerita aku. bukan aku menyalahkan orang. Tidak sama sekali. Cuma. Arghhh lupakan. Berbalik kepada cerita. Akhirnya tidak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku rasa. Alhamdulillah sehingga kini kami berkasih kasihan dengan ikhlas. Kerana AKU CINTAKAN DIA, DIA CINTAKAN AKU. Tiada kurang tiada lebih. Kerana yang lebih hanya untuk-NYA.

Anas Afifi. Sudah cukup baik layanan awak terhadap saya. Saya seperti jatuh cinta. Saya jujur dengan diri saya. Saya ingin mengharungi segalanya bersama awak. Saya serius dengan hubungan ini. Saya inginkan hubungan yang kekal. Saya tahu awak mengerti. Keinginan yang saya mahukan ini. Sama seperti awak mahukan. InsyaAllah samasama kita mencuba manjadikan hubungan ini dengan baik. SAYA SAYANGKAN AWAK.

TERIMA KASIH KERANA HADIR DALAM HIDUP SAYA.