Sunday 10 June 2012

9 JUN 2012

Alhamdulillah *terlalu bersyukur* genap jua umur aku, 21tahun bermula semalam. Bersyukur aku masih diberi peluang untuk melihat langit yang luas. Bersyukur aku masih diberi melihat bintang dikala malam. Bersyukur aku masih diberi peluang untuk mematangkan diri. Bersyukur aku untuk segala yang diberi oleh-NYA. Dengan dada yang membuka luas aku mengucap syukur. SYUKUR! Sebelum tarikh 9JUN2012 sungguh perasaan aku berdebar untuk segala yang bakal aku hadapi. Aku mulakan dengan solat subuh. Mengucap doa untuk meneruskan hari aku. Hari yang sangat berbeza untuk aku. Terlalu banyak yang aku hadapi sebelum ini. Terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan. Terlalu banyak perkara yang aku leka. Terlalu banyak. Iya terlalu banyak. Ianya terkadang sedar dan terkadang jua tidak sedar. 

Aku teruskan hari itu dengan berjoging bersama sahabat aku (INTAN). Aku berlari untuk melepaskan segala yang aku fikirkan selama ini. Iya, aku mengaku selepas itu. Aku rasa sungguh tenang. Waktu pagi yang sangat indah. Aku rasa sangat bersedia untuk menempuh ujian yang bakal aku hadapi untuk hari yang mendatang. Tambahan, pagi itu aku tahu satu cerita daripada dia. Buat aku lagi kuat. Besar sungguh dugaan yang pernah hadir dalam hidup wanita itu. Sungguh tabah. Sungguh *menitis airmata*

Hari yang sangat sempurna. Aku dibawa untuk bergembira. Lelaki yang sangat aku sayangi (Anas Afifi) *tersenyum* tunaikan permintaan aku untuk merasa icecream di IceRoom. Akhirnya, dapat juga aku rasa. Seterusnya, membawa aku dan intan bergembira. Pergi The Mines bercadang untuk lawan bowling. Arhhhh malas sungguh aku nak bercerita pasal permainan ini. Sebab sudah tentu aku yang jadi pemenang. Dan sangat terbukti dua orang model baru beg-beg tangan di Paradigm Mall itu tidak dapat menandingi aku. *gelak yang sangat besar* Tidak guna juga bermain sampai terduduk bergaya sakan memegang bola tapi akhirnya kalah dengan seorang perempuan yang comel seperti aku. Oh maaf saya terpuji diri sendiri :P Tidak guna juga bermain terlalu berlemah lembut untuk membaling bola tapi akhirnya masih jua kalah sebab memang dengan balingan yang diberi membuktikan memang tidak pandai bermain. Adakah anda rasa dikutuk wahai dua orang yang disayangi? Maaf saya bergurau untuk membuat anda tertawa dengan ruangan cerita ini. Maaf! *gelak lagi* Mereka berdua cukup mencuba membuat aku gembira. Korang berdua berjaya. Bukan sahaja gembira aku bahagia wey :) Sanggup seorang sahabat datang ke sini semata untuk merai hari lahir aku. Aku terharuuuuuuuuuu okay. Terharu. Arghhh memang dia sahabat yang baik. Sampai aku pun tak dapat nak membalasnya. Sanggup juga seorang teman istimewa membawa aku dan sahabat aku berjalan melayan karenah melayan apa yang aku nak. Arghhh memang dia cuba jadi yang terbaik untuk aku. Dan hasilnya, awak memang terbaik dan sudah jadi yang terbaik untuk saya :) Akhir untuk hari itu. Bercadang pergi Paradigm Mall untuk menonton wayang. Pahitnya wayang disitu masih belum dibuka. Apa lagi boleh buat? Berjalan bergelak ketawa berpusing sana sini. Balik! 

Waktu malam, masa untuk bersama keluarga. Walaupun masih tidak semua yang berada disitu. Aku rasa sangat bahagia. Iya hari itu aku rasa sempurna. Sempurna. Alhamdulillah. Emak masa sedapsedap. Masak semua yang aku nak. Bercadang makan diluar tapi emak cakap 'apa salahnya emak nak masak untuk hari istimewa anak emak' *terharu* Emak semoga emak tabah menghadapi dugaan yang Allah beri. Orang sentiasa berdoa dan terus berdoa untuk emak. Emak yang berada paling atas dihati orang. Tak pernah aku memuji, tapi aku ingin ambil kesempatan ini. Aku sangat bertuah memiliki kakak aku (Norsiah) Kalau tiada dia, tiada tempat untuk aku bercerita. Kalau tiada dia, tiada orang yang boleh aku susahkan. Kalau tiada dia, tiada tempat aku boleh bergaduh. Kalau tiada dia, tiada tempat untuk aku boleh ketawa. Kalau tiada dia, aku tidak akan ada kawan dirumah. Dia satusatunya kakak yang aku ada. Orang bertuah ada kakak macam kau. Terima kasih sebab melayan orang walaupun kadangkadang menyakitkan hati. Untuk adikberadik sekalian maaf ruangan ini tiada untuk kalian yang suka membuli dan berlagak bagus okay :P

Terima kasih kepada kalian untuk ucapan diberi. Difacebook, Ditwitter, Dihandphone. Aku sangat terharu. Kepada kawankawan yang masih ingat akan aku, juga aku ingin mengucapkan terima kasih. Korang kawan yang baik. Terima kasih kepada sahabat aku intan kerana sudi datang sudi memberi hadiah. Sehelai Tshirt yang penuh MAKNA :) Terima kasih KELUARGA, kerana sudi juga ingin meraikan hari lahir orang. Terima kasih Anas Afifi. Hadiah yang awak bagi sangat istimewa. Hadiah yang tidak pernah saya dapat selama ini. Saya sangat SUKA :)

TERIMA KASIH SEMUA! :)

.Seorang wanita berumur 21tahun.