Monday 28 May 2012

--------*

Hai! Selamat Malam ;) Okay tajuk di atas memang tak dapat nak merungkai apa pun cerita aku sekarang. Aku tak dapat nak kenalpasti. Kalau nak tahu baca saja post aku kali ini. Okay, aku taktau kalau aku cerita ini korang semua fikir apa. Itu korang punya pasal. Sebab nak tutup mulut sorangsorang serius aku memang tak mampu. Pandaipandai lah korang kalau nak susun pahala. Jadi, jangan rasa ada perasaan MENJENGKELKAN. okay? :) Macam ini, dulu memang siapa yang kenal aku. Sangat pasti korang tahu aku pakai tudung. Memang terserlah kesucian wajah aku kan? *angkattangankluakutipu* :P Aku mengaku aku pakai tudung sebab seorang lelaki. Tapi wey tak salah, janji benda itu kearah kebaikan. Ada juga aku rasa ikhlas waktu itu cuma sedikit. Cuma pendirian tak begitu tetap. Selepas waktu itu, aku terasa bodoh 'sebab lelaki aku pakai tudung' sah! Janji, aku takkan ulang kesilapan yang sama. Sehingga sekarang. Dan malam tadi. Aku bermimpi aku pakai tudung. Iya, dalam waktu terdekat ini ada aku minta dan mohon pada-NYA. Aku nak kearah itu. Dua kali berturut-turut mimpi yang sama. Sekarang aku keliru. Itu petanda yang aku minta? Tapi kenapa perasaan aku masih belum bersedia? Hmmm. Dia (Anas Afifi) aku tahu dia menunggu saatsaat itu. Terbukti, masa dia melamar aku untuk menjadi kekasih dia, dia hadiahkan aku sehelai tudung. Cukup terharu tak? Iya aku menagis dalam hati. Jujur, setiap keikhlasan dia lakukan aku sentiasa menagis dalam hati. Terlalu mengusik jiwa aku. Dia sentiasa cuba dan mencuba menjaga hati aku. Walaupun baru lagi hubungan kami tapi aku rasa macam lama. Dan aku inginkan lebih lama. Insyaallah. Terus kepada cerita aku. Banyak kali sebenarnya aku dan dia berbincang hal ini. Tapi dia tidak pernah memaksa. Dia faham situasi aku. Dia faham dan dia akan tunggu *itukatadiakayyy* Sehingga dua malam aku bermimpi. Sebenarnya, perkara ini perkara biasa. Tapi dalam mimpi itu, kenapa mesti aku tunjuk pada dia? Ada aku bagitahu dia berkenaan hal ini. Jawapan dia:

Oh yeke? Mmm that I don't know tapi jujur saya cakap memang setiap hari saya doa for US to be accepted by everyone, dengan keluarga awak, dengan keluarga saya. Saya nak semua happy dengan hubungan kita. and maybe because of that Allah nak petunjuk kat kita macam mana nak accomplish objective itu :) because I really love you noraini mihat.

Haprak! aku tak balas pun meseg ni. Sebab hm aku terkedu. Aku tak sangka sampai macam tu sekali. Insyaallah, aku masih perlukan masa. Apa yang pasti akan datang, akan ada nora yang baru. Ikhlas memakai kerana-NYA dan dengan bimbingan dia yang sentiasa ada dengan aku. Because I really love you too saya berdoa ALLAH akan beri HIDAYAH yang berterusan kepada saya.

Terima kasih Anas Afifi :)