Saturday 26 May 2012

SEORANG PEKERJA

Masa berjalan begitu pantas. Oh silap masa tidak berjalan. Pembetulan: Masa bergerak begitu pantas. Kita manusia yang kerdil iaitu hamba kepada-NYA masih tidak mempercayai dengan masa. Ada orang cakap, masa mencemburui kita. Kepala Hotak mereka. Masa mana ada perasaan. Fikir logik sebelum bercakap. Sambung kepada ayat aku. Sedangkan aku masih tidak percaya dua minggu lagi umur aku genap 21tahun. Alhamdulillah, masih bernyawa aku untuk seketika ini. Banyak lagi silap aku yang aku masih tidak tebus. Manusia sering dengan kesilapan. Untuk merungkai kepada tajuk aku yang diatas. Tidak pernah sekali pun aku bercerita mengenai diri aku yang sudah 6bulan bergelar seorang pekerja. Arghhh tidak begitu menarik. Sejujurnya aku suka dengan kerja aku sekarang. Ialah ini dikira pengalaman. Cuma terkadang itu aku rasa kerja ini terlalu membebankan aku yang masih baru berjinak didalam dunia pekerjaan. 3bulan aku diberi masa untuk belajar mengendalikan semua kerja admin. Mana mungkin. Tetapi untuk masa sekarang alhamdulillah aku masih boleh mengendalikan kerja aku. Bos aku saja yang tidak tahu menghargai apa yang aku lakukan. Ada juga aku terfikir mencari kerja lain. Tapi mana ada aku masa. Cuma berharap pada tuah. Arghhh lagi tidak mungkin. Hidup aku tidak lah setuah orang lain. Sampai sekarang pun aku masih tidak tahu apa status aku bekerja disitu. Kerapkali semua kerja aku yang lakukan. Merugut bukan satu penyelasaian. Aku hanya redha apa yang diberi oleh-NYA. Aku memang suka kerja yang ada kerja. Buka datang bekerja berdiri duduk dan goyang kaki. Memang bukan konsep hidup aku. Tapi bukan sebanyak sekarang yang seperti tidak cukup tangan untuk melakukan. Banyak sebenrnya yang aku nak huraikan disini. Tapi malas aku. Nanti seperti merugut. Nanti seperti tidak bersyukur. CUKUP

PENGALAMAN ITU PENTING. HARGAILAH APA YANG KITA ADA.