Tuesday 5 June 2012

REALITI

Assalamualaikum, untuk pembuka cerita aku kali ini. Realiti? Iyeah realiti kehidupan aku. Akhirnya. Yeah akhirnya untuk sekian kalinya aku terima ujian ini dari-NYA. Saat aku mengecapi warna-warna kehidupan yang baru untuk aku. Muncul warna yang sungguh gelap. Sesampai aku tak dapat melihat jalan keluar. Walaupun aku cuba tapi payah aku mencarinya juga. Usai mencari rupanya masih ditempat yang sama. Rasa seperti dahulu. Tapi dahulu yang lama itu lagi indah. Tidak seperti dahulu yang seperti baru berlaku. Mungkin aku sahaja yang faham apa yang aku maksudkan. Maaf pembaca. Saya tergelincir dengan ayatayat untuk kefahaman sendiri. Begini, pernahkah korang terima dugaan yang begitu besar sehingga korang rasa payah untuk menerima tetapi cuba untuk menerima atas kehendak-NYA? Itu yang aku lalui sekarang. Besar sungguh aku rasa ujian mu Ya Allah. Seorang wanita dalam umur linkungan 21tahun terpaksa menghadapi semua ini. Bagaimana mungkin. Aku yang sering mengharapkan sesuatu yang indah untuk hidup aku. Terpaksa menerima semua ini. Sungguh beruntung orang lain yang tidak merasa beban yang sama seperti aku. cemburu aku melihat realiti kehidupan orang. Arghh payah hidup ini. harus bagaimana aku ingin lalui harihari berikut aku? IbuBapa saja yang boleh beri kekuatan. Kekuatan untuk anakanak mereka bangkit apabila terjatuh mahupun terleka melakukan kesilapan. Jika IbuBapa terpisah? Terpisah bukan kerana mati. Berpisah dengan menggunakan akal yang bijak tapi mula menjadi singkat. Bagaimana mungkin anakanak mahu bangkit. Iya boleh hanyut telan dek dunia yang makin lama makin hilang adat islam. Mungkin aku jua sebegitu rupa jika tiada orang yang melindungi aku.

Ya Allah jika ini adalah jalan penyelesaian untuk sesuatu kebahagian dalam keluarga aku. Aku terima dengan hati terbuka. Aku buka dengan penuh ikhlas laluan yang perlu aku tempuh. Tetapi jika ini hanyalah hasutan syaitan didunia. Bantulah hambamu yang tidak berdaya. Aku perlu pertolongan. 

DIA tidak kejam. DIA menguji hidup aku.