Thursday 9 August 2012

CERITA BARU

Assalammualaikum. Sudah lama aku tidak berkongsi cerita di ruangan ini. Sekarang aku mengambil sedikit masa untuk aku bercerita 'Cerita Baru'. Bermulanya Bulan Ramadhan aku berhijrah dengan memakai tudung sehingga sekarang. Syukur dengan perubahan ini. Perubahan yang sangat baik :) Aku gembira aku sangat gembira. Aku selesa dengan perubahan ini. Ramai menyokong. Ramai memberi kesan positif terhadap perubahan aku. Aku berterima kasih kepada seseorang yang banyak membimbing aku. Aku hormat keperibadiannya. Banyak memberi nasihat. Banyak menjaga aku. Aku mengaku walaupun perubahan itu ada tapi masih ada kurangnya. Dua perkara : kurang sopan dan cepat marah. Sehingga sekarang aku masih belajar untuk mengawal keadaan. Walaupun gagal aku masih mencuba. Manusia tiada yang sempurna. Tetapi yang hanya layak mengukur keperibadian kita hanya DIA.

Keluarga aku. Alhamdulillah sihatsihat semuanya. Abah? keadaannya sekarang sudah cukup membuat aku lega. Dia makin memberi perhatian yang baik terhadap keluarganya. Cuma sikap panas baran yang tertanam dalam diri dia masih tidak boleh dihapuskan. Walaupun begitu, aku tahu dalam diri dia, dia sangat sayang anak-anaknya. Mana mungkin tidak cuma dia tidak tahu cara bagaimana dia perlu tunjukkan. Pada aku keadaan sekarang pun sudah cukup buat aku lega. Satu keadaan yang aku masih tidak boleh terima dalam keluarga aku. Apabila wujudnya sikap adikberadik aku yang suka berkira. Pada aku sikap sebegini tidak patut wujud. Tapi siapa aku. Seorang adik perempuan yang berumur 21tahun anak ke-5 dari 7 adikberadik ingin memberi pandangan dan nasihat kepada mereka yang berada di atas aku? Tidak mungkin. Hanya berdiam dan berdoa mereka berubah dengan sikap itu. Emak satusatunya ratu yang berada dalam hati aku. Orang yang sentiasa berada dalam doa aku. Satusatunya emak. Aku sentiasa inginkan yang terbaik untuk dia. Apa yang aku bagi sekarang aku masih rasa tidak cukup dan sangat pendek ukurannya. Aku akan cuba dan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk keluarga ini. Insyaallah.

Aku mendengar luahan hati seseorang ditempat kerja aku. Dia cukup bersyukur dan bertuah kerana Allah memberinya jodoh (suami) yang baik dan sempurna untuk dirinya. Seorang suami yang tidak banyak kerenah. Seorang suami yang bertimbang rasa. Seorang suami yang tidak mudah merungut. Segalanya mudah padanya. Sungguh bertuah dia. Dalam keadaan itu aku berfikir. Adakah aku juga setuah itu? Dengan apa yang aku rasa. Aku sangat bertuah mengenali dan memiliki Anas Afifi. Lelaki yang sentiasa berada diminda aku. Seorang lelaki yang banyak bersabar dengan kerenah kebudak budakkan aku. Seorang lelaki yang matang fikirannya. Seorang lelaki yang cukup mengambil berat keperibadianku. Seorang lelaki yang cuba membuat aku gembira. Seorang lelaki yang banyak berusaha mempertahankan kasihnya. Selebihnya aku yang tahu. Aku sangat bertuah ketika ini. Aku juga rasa ingin bertuah untuk masa akan datang. Keadaan sekarang cukup berbeza. Dahulunya aku sekarangnya aku. Sekarangnya aku, adalah lebih baik dari dahulunya aku saat mengenali dia. Terima kasih cinta :)

Terima kasih semua! SELAMAT HARI RAYA :)